Assalamualaikum WBT, saudara dan saudari yang dirahmati Allah,

Masjid Abdul Rahman bin Auf, Taman Desa Rimbunan, Peringat, Kota Bharu kini dalam proses untuk menaik taraf ruang solat wanita yang lebih luas, selesa dan selamat bagi para muslimat kita.

Kami menyeru kepada semua golongan masyarakat – anak muda, ibu bapa, para usahawan, dan pencinta rumah Allah – untuk bersama menyumbang dalam pembangunan ini.

  • Ruang solat wanita sekarang sempit dan kurang selesa.

  • Kekurangan pengudaraan dan pencahayaan

  • Jumlah jemaah wanita semakin meningkat, terutama waktu terawih, dan kelas agama.

  • Sumbangan anda akan memberi keselesaan kepada para ibu, nenek, dan anak-anak perempuan kita.

“Sumbangan anda mungkin kecil pada anda, tapi sangat besar ertinya buat mereka yang memerlukan ruang solat yang selesa.”

Kuliah Penceramah Jemputan
Kelas Mengaji
Kuliah
Oleh Pengerusi Masjid
Qiamullail
Untuk Remaja dan Kanak-Kanak

“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai...” (Al-Baqarah: 261)

Anggaran Kos Projek: RM200,000

Sumbangan Anda Amat Bermakna

Setiap ringgit yang anda hulurkan adalah sedekah jariah yang mengalir pahalanya hingga ke akhirat.

“Tidak akan berkurang harta kerana bersedekah…”
-Hadis Riwayat Muslim-

Copyright©Masjid Abdul Rahman Bin Auf @ by MSR